Jumaat, 13 Ogos 2010

KEBURUKAN SEKOLAH WAWASAN

LIM SU LING

205060

Dengan ini, Sekolah Wawasan dapat merealisasikan integrasi nasional dan menghapuskan jurang di antara pelbagai kaum. Walaupun Sekolah Wawasan memberi banyak kebaikan dalam penyatupaduan kaum, namun terdapat juga kesan-kesan negatif yang akan timbul.

Pengumpulan pelajar secara berpusat daripada pelbagai bangsa, agama, ras, sosial dan ekonomi dalam kalangan ahli sekolah berkenaan. Sunggupun sekolah sedia ada masih terasing antara satu dengan yang lain, Institusi sekolah gagal mengawal masalah keruntuhan disiplin pelajar mereka. Hal ini akan menimbulkan masalah sosial terutamanya masalah juvana. Sekiranya, masalah ini tidak diatasi dengan drastik tidak hairanlah jika akan wujud kecenderungan pelajar melakukan sesuatu di luar jangkaan. Di samping itu, jika pendidikan tidak mempunyai ketahanan kendiri yang kuat, konsep Sekolah Wawasan akan dianggap sebagai kabur dan gagal untuk melahirkan individu yang bersatupadu seperti yang dirancang oleh pihak kerajaan.

Konsep Sekolah Wawasan akan menguburkan identiti Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan yang didukung. Kewujudan sekolah tersebut akan menjejaskan pentadbiran SRJK Cina dan pengguanaan bahasa ibunda di kalangan pelajar daripada aliran berkenaan.

5 ulasan:

  1. Saya bersetuju bahawa setiap perkara di dunia ini mempunyai baik dan buruknya.Saya bersetuju bahawa pengurusan untuk sekolah wawasan mungkin mempunyai halangannya untuk mengawal pelajar dalam jumlah yang terlalu besar.Namun begitu,saya tidak berasa bahawa konsep sekolah wawasan akan menjejaskan bahasa ibunda kaum masing-masing. Hal ini disebabkan oleh subjek bahasa ibunda kaum masing-masing tetap boleh belajar dalam sekolah wawasan.Sekolah wawasan tidak bermakna kesemua kaum akan belajar dalam kelas yang sama.Keadaan ini hanya wujud untuk sesetengah aktiviti seperti waktu rehat di kantin dan sebagainya.Sekolah wawasan merupakan gabungan ketiga-tiga SRJK di bawah satu bumbung.Bahasa ibunda tetap boleh dibelajari tanpa sebarang halangan.

    BalasPadam
  2. Saya percayai semua keburukan akan diatasi oleh pihak yang merancang program ini. Hal ini disebabkan, sebarang keburukan merupakan cabaran untuk menyatupadukan rakyat negara kita.

    BalasPadam
  3. waluapun sejolah wawasan terdapat banyak kebaikkannya , tetapi juga mempunyai keburukkan di sebaliknya. Oleh itu, semangat perkauman yang kuat harus ditangani dengan segeranya jika ia berlaku di sekolah wawasan.

    BalasPadam
  4. Sorry for comment in english. for my opinion, sekolah wawasan need to handle the students very well in case to avoid social problem especially when involving with race and religion.

    BalasPadam
  5. Sekolah Wawasan memang sukar dijalan secara lancar.. Tetapi, dipercayai bahawa dengan kerjasama daripada pihak berkenaan, masalah dapt diselesaikan sebaik mungkin.

    BalasPadam