Sabtu, 14 Ogos 2010

CIRI-CIRI SEKOLAH WAWASAN

NORZULIANA BINTI ROSLY

205038



Terdapat beberapa ciri Sekolah Wawasan.Antaranya ialah setiap aliran diketuai oleh Guru Besar dengan salah seorang daripada mereka bertindak sebagai penyelaras di antara aliran-aliran tersebut. Sebagai contohnya, terdapat penyelaras bagi pelajar sains tulen dan terdapat juga penyelaras bagi pelajar aliran sastera. Hal ini dapat memudahkan pengurusan di dalam sesebuah Sekolah Wawasan tersebut disamping mengurangkan pertindihan pengurusan subjek bagi setiap aliran. Hal ini dapat dibuktikan apabila bekas perdana menteri,Tun Doktor Mahathir Mohamad ada memberi kenyataan yang berkaitan dalam Perasmian Sekolah Wawasan di Felda Lurah Bilut,Pahang.

Selain itu Sekolah Wawasan juga bercirikan pelaksanaan aktiviti secara bersama. Sebagai contohnya,aktiviti yang dilakukan seperti perhimpunan mingguan,kegiatan kokurikulum,Temasya Sukan Tahunan,Hari Penyampaian Hadiah,Hari Kantin dan sebagainya. Hal ini dapat mengelakkan jurang perpaduan kaum bahkan menguatkan tali persaudaraan antara tiga kaum utama iaitu Melayu,Cina dan India.

Ciri yang seterusnya ialah bahasa rasmi bagi Sekolah Wawasan di luar bilik darjah ialah Bahasa Melayu.Dengan ini taraf bahasa Melayu di negara kita akan semakin meningkat.




5 ulasan:

  1. ya,i setuju. ini dpt mangeratkan hubungan antara pelbagai kaum selain dapt meningkatkan prestasi pelajar dlm bidang akedemik.

    BalasPadam
  2. Saya bersetuju sangat dengan ciri kedua yang saudari berikan.Pelaksanan aktiviti bersama tersebut jelas menunjukkan konsep satu Malaysia.

    BalasPadam
  3. waluapun sejolah wawasan terdapat banyak kebaikkannya , tetapi juga mempunyai keburukkan di sebaliknya. Oleh itu, semangat perkauman yang kuat harus ditangani dengan segeranya jika ia berlaku di sekolah wawasan.

    BalasPadam
  4. Betul tu.Dengan semangat satu Malaysia,peristiwa 13 Mei tidak akan berulang.

    BalasPadam
  5. Negara kita akan kucar-kacir sekiranya peristiwa 13 Mei tersebut berulang.

    BalasPadam