Jumaat, 13 Ogos 2010

PIHAK YANG MENENTANG PENUBUHAN SEKOLAH WAWASAN

NOORAIN BINTI JANGSI

204770

Terdapat sesetengah pihak yang menentang penubuhan sekolah wawasan.Antaranya ialah Dong Jiao Zhong.Alasan terbesarnya ialah kekhuatiran akan kehilangan identiti Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) dan identity orang cina akan terhakis.Mereka masih beranggapan terdapat sesuatu agenda yang tersirat yang dapat mengganggu gugat kepentingan mereka.Penasihat Kehormat Persatuan ini, Datuk Sim Mou Yu, menganggap pelaksanaan sekolah wawasan adalah tidak perlu kerana semua pelajar melayu, cina, dan india akan belajar dan membesar bersama ketika di Sekolah Menengah Kebangsaan dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT).Sebenarnya terdapat segelintir orang cina tidak memahami tentang konsep sekolah wawasan sehingga menganggap sekolah wawasan sebagai senjata untuk mengikis identity otrang cina di Malaysia.Berbeza dengan pentadbir SJKT yang menerima baik dan bersikap terbuka dengan sekolah wawasan.Kekuatiran lain ialah mereka bimbang jika anak-anak mereka bergaul dengan kanak-kanak lain, mereka akan terpengaruh dengan bahasa lain.Lama-kelamaan bahasa mereka sendiri akan pupus.

5 ulasan:

  1. Pihak yang menentang ini perlulah berfikiran positif dan lebih terbuka agar pelaksanaan visi dan misi sekolah wawasan tersebut tercapai.

    BalasPadam
  2. Pihak yang menentang perlu membuat permehatian yang teliti sebelum menafikan kebaikan sekolah wawasan.

    BalasPadam
  3. penentangan terhadap penubuhan sekolah wawasan tidak seharusnya ada dalam kalangan rakyat negara kita..hal ini kerana punubuhan sekolah ini dapat membuktikan rakyat negara kita boleh berada dibawah satu bumbung dalam apa jua keadaan sekalipun....

    BalasPadam
  4. penentangan ini akan membuatkan pihak berwajib untuk meningkatkan lagi pengurusan sekolah wawasan.

    BalasPadam
  5. ya saya bersetuju,pendapat daripada pihak penentang tersebut boleh dijadikan sebagai kritikan yang membina.Walaubagaimanapun bukanlah terus menghapuskan sekolah wawasan tersebut tetapi meningkatkan lagi pengurusannya.

    BalasPadam