Sabtu, 14 Ogos 2010

PENGENALAN SEKOLAH WAWASAN

SAFARUDDIN B MAT ARIF

207121

Peristiwa hitam 13 Mei 1969 telah mengetuk minda pemimpin kita untuk menitikberatkan soal perkauman di negara ini. Kesinambungan usaha itu berlanjutan sehingga sekarang melalui penubuhan sekolah wawasan. Melalui konsep penubuhan sekolah ini, sekolah yang dahulunya terasing kini disatukan dalam satu sistem pendidikan yang seragam dan selari dengan hasrat negara untuk menghasilkan masyarakat yang mempunyai semangat baru untuk meneruskan wadah wawasan negara. Cadangan Perdana Menteri Keempat iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membentuk sistem persekolahan yang berkonsepkan perpaduan ini amat bertepatan dengan hasrat Negara ini yang ingin melahirkan masyarakat yang bersatu padu dan bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Negara yang menitikberatkan keharmonian dalam proses penimbaan ilmu. Melalui penubuhan sekolah ini,golongan pelajar dari pelbagai bangsa dinegara ini akan dapat disatukan dibawah satu bumbung dan boleh berinteraksi dan bekerjasama khususnya dalam satu-satu aktiviti berkumpulan. Justeru penubuhan sekolah wawasan merupakan satu medium yang amat bertepatan dalam mewujudkan rakyat yang bersatu padu dalam menempuh cabaran dunia yang serba mencabar pada hari ini.

KONSEP SEKOLAH WAWASAN

IZHAR KHAIRI BIN MUHAMAD YUNUS
204677

Konsep sekolah wawasan ialah menggabungkan sekolah-sekolah dari aliran yang berbeza ke dalam satu kompleks. Ini bermaksud di bawah konsep inin, terdapat dua atau tiga buah sekolah rendah dari berlainan aliran akan ditempatkan dalam satu kawasan yang sama. Walaupun memakai nama sekolah dan di bawah pentadbiran tiga guru besar yang berlainan, pelajar dan guru akan berkongsi kemudahan asas yang sama seperti dewan sekolah, padang permainan dan kantin. Setiap sekolah pula akan mempunyai bangunan sendiri yang boleh disambung antara satu sama lain dengan menggunakan jambatan penghubung.

KOMPLEKS SEKOLAH WAWASAN SUBANG JAYA



SEKOLAH KEBANGSAAN DATO'ONN JAAFAR


SJK(C) TUN TAN CHENG LOCK


SJK (T) TUN SAMBANTHAN

OBJEKTIF SEKOLAH WAWASAN

PUNG SZE YONG
205053

Sekolah wawasan ditubuhkan bertujuan untuk melahirkan anak bangsa Malaysia yang lebih bersifat cinta akan Negara terutamanya golongan yang lahir selepas merdeka yang kurang memahami konsep bangsa Malaysia.
Selain itu, projek yang dicernakan oleh Perdana Menteri ini mampu menjadikan pemangkin dalam merealisasikan impian wawasan 2020.Pendidikan merupakan satu kunci yang penting untuk memupuk semangat perpaduan daripada kecil lagi. Dengan melalui sekolah wawasan ini membolehkan murid-murid di sekolah rendah memahami sama satu lain walaupun berasal dari pelbagai jenis bangsa dan latar belakang yang berbeza.
Apabila anak Melayu, Cina, India dan kaum lain berinteraksi sejak peringkat awal persekolahan sudah tentu dapat melahirkan satu generasi Malaysia yang bersifat pelbagai budaya. Secara tidak langsung, sifat teloransi dan persefahaman antara kaum dapat dipupuk. Hal ini akan mewujudkan sebuah Negara yang bersatu padu.

SISTEM SEKOLAH WAWASAN

NOR HIDAYAH BINTI GHAZALI

204721




Sekolah wawasan adalah gabungan ketiga-tiga sekolah rendah iaitu SRK, SRJKC dan SRJKT dalam satu kawasan.Di dalam kawasan ini, sekolah tersebut akan menggunakan segala kemudahan yang ada contohnya padang, kantin dan sebagainya secara bersama atau dikongsi bersama.Idea penubuhan sekolah wawasan telah dicernakan oleh mantan Perdana Menteri iaitu Tun Dr Mahathir Mohammad dan idea ini diluluskan oleh kabinet pada tahun 1997.Pengujudan sekolah ini mampu menjadi titian untuk mencapai matlamat penyatuan etnik yang terdapat di Malaysia untuk mencintai negara sepenuhnya.Sistem persekolahan ini memfokuskan kepada pemusatan etnik berjiwa Malaysia.Di sini terhimpun pelbagai ras dan agama serta aspek kokurikulum dan kurikulum juga disejajarkan.Sejarah negara telah menyaksikan bahawa sistem pendidikan yang ditinggalkan oleh penjajah iaitu dengan mengasingkan sekolah dan tiada peraturan yang seragam dipakai telah melahirkan bibit-bibit semangat perkauman yang menebal.Contohnya sekolah cina menggunakan sukatan dan sistem pendidikan yang berorientasikan negara cina.begitu juga dengan sistem pendidikan masyasrakat india yang berkiblatkan negara india.Semangat perkauman ini terbawa-bawa selepas merdeka sehingga tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969.JIka diteliti Penyata Razak 1956 yang mana tujuan dasar pelajaran Negara ini adalah bertujuan menyatupadukan murid-murid daripada semua bangsa dengan memakai satu peraturan pelajaran yang menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantaraan.


CIRI-CIRI SEKOLAH WAWASAN

NORZULIANA BINTI ROSLY

205038



Terdapat beberapa ciri Sekolah Wawasan.Antaranya ialah setiap aliran diketuai oleh Guru Besar dengan salah seorang daripada mereka bertindak sebagai penyelaras di antara aliran-aliran tersebut. Sebagai contohnya, terdapat penyelaras bagi pelajar sains tulen dan terdapat juga penyelaras bagi pelajar aliran sastera. Hal ini dapat memudahkan pengurusan di dalam sesebuah Sekolah Wawasan tersebut disamping mengurangkan pertindihan pengurusan subjek bagi setiap aliran. Hal ini dapat dibuktikan apabila bekas perdana menteri,Tun Doktor Mahathir Mohamad ada memberi kenyataan yang berkaitan dalam Perasmian Sekolah Wawasan di Felda Lurah Bilut,Pahang.

Selain itu Sekolah Wawasan juga bercirikan pelaksanaan aktiviti secara bersama. Sebagai contohnya,aktiviti yang dilakukan seperti perhimpunan mingguan,kegiatan kokurikulum,Temasya Sukan Tahunan,Hari Penyampaian Hadiah,Hari Kantin dan sebagainya. Hal ini dapat mengelakkan jurang perpaduan kaum bahkan menguatkan tali persaudaraan antara tiga kaum utama iaitu Melayu,Cina dan India.

Ciri yang seterusnya ialah bahasa rasmi bagi Sekolah Wawasan di luar bilik darjah ialah Bahasa Melayu.Dengan ini taraf bahasa Melayu di negara kita akan semakin meningkat.