NOR HIDAYAH BINTI GHAZALI
204721
Sekolah wawasan adalah gabungan ketiga-tiga sekolah rendah iaitu SRK, SRJKC dan SRJKT dalam satu kawasan.Di dalam kawasan ini, sekolah tersebut akan menggunakan segala kemudahan yang ada contohnya padang, kantin dan sebagainya secara bersama atau dikongsi bersama.Idea penubuhan sekolah wawasan telah dicernakan oleh mantan Perdana Menteri iaitu Tun Dr Mahathir Mohammad dan idea ini diluluskan oleh kabinet pada tahun 1997.Pengujudan sekolah ini mampu menjadi titian untuk mencapai matlamat penyatuan etnik yang terdapat di Malaysia untuk mencintai negara sepenuhnya.Sistem persekolahan ini memfokuskan kepada pemusatan etnik berjiwa Malaysia.Di sini terhimpun pelbagai ras dan agama serta aspek kokurikulum dan kurikulum juga disejajarkan.Sejarah negara telah menyaksikan bahawa sistem pendidikan yang ditinggalkan oleh penjajah iaitu dengan mengasingkan sekolah dan tiada peraturan yang seragam dipakai telah melahirkan bibit-bibit semangat perkauman yang menebal.Contohnya sekolah cina menggunakan sukatan dan sistem pendidikan yang berorientasikan negara cina.begitu juga dengan sistem pendidikan masyasrakat india yang berkiblatkan negara india.Semangat perkauman ini terbawa-bawa selepas merdeka sehingga tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969.JIka diteliti Penyata Razak 1956 yang mana tujuan dasar pelajaran Negara ini adalah bertujuan menyatupadukan murid-murid daripada semua bangsa dengan memakai satu peraturan pelajaran yang menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantaraan.
Saya memang bersetuju dengan kewujudan sekolah wawasan memandangkan penubuhan ini mampu membawa kepada pendedahan sesama kaum.Selain itu,peristiwa 13 Mei 1969 seharusnya menjadi pengajaran kepada rakyat Malaysia untuk berusaha dalam membentuk bangsa Malaysia.
BalasPadamMelalui sistem yang mantap,pelaksanaan sekolah tersebut tidak akan menjadi sia-sia
BalasPadamsistem ini tidak membawa kekeliruan kepada pihak pentadbir untuk menguruskan sekolah.
BalasPadampenubuhan sekolah ini wajar dilaksanakan di negara kita...saya menyokong sepenuhnya tindakan yang di buat oleh pihak kerajaan di negara kita ....
BalasPadamjadikan peristiwa 13 mei sebagai satu pengajaran....sebagai rakyat malaysia yang bertanggungjawab kita harus sokong apa yang ingin diusahakan oleh pihak kerajaan kita....
BalasPadam