Jumaat, 13 Ogos 2010

KEBAIKAN SEKOLAH WAWASAN

ROHANI BINTI ABDUL WAHAB 207051


Tujuan penubuhan Sekolah Wawasan ialah untuk mengeratkan perpaduan yang sudah sedia terjalin kukuh dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Semangat perpaduan dan integrasi antara kaum yang mula ditekankan sejak di bangku sekolah rendah adalah lebih baik kerana kanak-kanak mudah dilenturkan.

Sekolah Wawasan juga dapat menyokong Penyata Razak 1956 dimana beliau hendak menyatukan murid-murid daripada pelbagai bangsa di dalam negara ini dengan memakai satu peraturan pelajaran.

Sekolah Wawasan yang menempatkan tiga aliran sekolah yang berbeza akan membolehkan pelajar-pelajar SRJK menguasai Bahasa Melayu kerana penguasaan Bahasa Melayu dikalangan pelajar SRJK agak lemah.para pelajar juga dapat memahami budaya, bahasa, dan pemikiran kaum lain.

Aktiviti kurikulum yang sama juga dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Selain itu, Sekolah Wawasan juga dapat memberi peluang kepada para guru dan kakitangan dari setiap sekolah untuk berinteraksi dengan lebih kerap dan berkongsi pendapat.

Sekolah Wawasan juga memberi kesempatan kepada setiap bangsa untuk lebih bertolak ansur dan mampu mewujudkan persaingan yang sihat dari aspek akademik. Di samping itu, ia juga dapat memantapkan Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi dan dapat melahirkan semangat permuafakatan yang lebih harmonis.



7 ulasan:

  1. ya, permahaman budaya antara kaum akan merupakan satu cara yang baik untuk membawa perpaduan negara.

    BalasPadam
  2. Saya bersetuju dengan pendapat saudari apabila mengatakan bahawa aktiviti kokurikulum dapat menyatukan ketiga-tiga kaum utama di Malaysia.

    BalasPadam
  3. Semangat perpaduan patut dipupuk sejak kecil lagi.

    BalasPadam
  4. Golongan yang lahir selepas merdeka tidak menyetahui tentang konsep kenergaraan negara patut menyertai program ini supaya mereka akan mengetahui erti kemerdekaan negara kita.

    BalasPadam
  5. sememanganya sekolah wawasan akan memberi kesempatan kepada 3 kaum utama untuk bertolak ansur.

    BalasPadam