Sabtu, 14 Ogos 2010

OBJEKTIF SEKOLAH WAWASAN

PUNG SZE YONG
205053

Sekolah wawasan ditubuhkan bertujuan untuk melahirkan anak bangsa Malaysia yang lebih bersifat cinta akan Negara terutamanya golongan yang lahir selepas merdeka yang kurang memahami konsep bangsa Malaysia.
Selain itu, projek yang dicernakan oleh Perdana Menteri ini mampu menjadikan pemangkin dalam merealisasikan impian wawasan 2020.Pendidikan merupakan satu kunci yang penting untuk memupuk semangat perpaduan daripada kecil lagi. Dengan melalui sekolah wawasan ini membolehkan murid-murid di sekolah rendah memahami sama satu lain walaupun berasal dari pelbagai jenis bangsa dan latar belakang yang berbeza.
Apabila anak Melayu, Cina, India dan kaum lain berinteraksi sejak peringkat awal persekolahan sudah tentu dapat melahirkan satu generasi Malaysia yang bersifat pelbagai budaya. Secara tidak langsung, sifat teloransi dan persefahaman antara kaum dapat dipupuk. Hal ini akan mewujudkan sebuah Negara yang bersatu padu.

7 ulasan:

  1. Pada pendapat saya, projek penubuhan sekolah wawasan ini tetap wujud risikonya. Antaranya ialah, masalah konflik dan diskriminasi mudah timpul akibat daripada fikiran budak-budak sekolah rendah yang masih kurang kematangan.

    BalasPadam
  2. pada pendapat saya sekolah wawasan harus dikekalkan walaupun berisikol untuk melahirkan lebih ramai pemaju negara.....

    BalasPadam
  3. Saya berasa penubuhan sekolah wawasan harus dikekalkan dan dimajukan lagi.Sekolah wawasan telah mewujudkan peluang untuk pelajar berbilang kaum berkomunikasi dan berinteraksi.Dengan ini,kanak-kanak yang terdiri daripadaa berbilang kaum berpeluang untuk didedahkan dengan adat-istiadat,agama,kepercayaan berbilang kaum sejak kecil lagi.Maka, perselisihan faham sesama kaum yang berlainan turut tidak akan wujud pada masa depan.

    BalasPadam
  4. Dari segi fikiran saya sebagai seorang pelajar Cina yang berasal dari SMK, sekolah wawasan merupakan suatu perubahan yang membolehkan generasi-generasi muda kita yang kian hari kian kabur tentang keistimewaan adat berbilang kaum di Malaysia mempelajari sifat hormat-menghormati, saling bertoleransi dengan budaya,agama dan kaum yang berlainan. Sekolah wawasan juga membolehkan anak-anak Malaysia lebih beradat dan berfikiran lebih matang berbanding dengan generasi yang tidak lebih rapat dengan kaum lain. Dengan pemahaman sesama lain di sekolah wawasan, perselisihan dan perasaan yang menganggap tidak adil akan dikurangkan dan motif negara harmoni akan berjaya.

    BalasPadam
  5. ya..sekolah wawasan boleh memupuk perpaduan antara kaum..
    perpaduan amat diperlukan antara generasi kini untuk mengukuhkan status negara kita.Oleh itu,Sekolah Wawasan perlulah diwujudkan.

    BalasPadam
  6. hai, saya mohon, minta ssedikit entri disini sebagai rujukan assignment sy. terima kasih :)

    BalasPadam
  7. thanks tipsnya... sangat banyak membantu untuk kerja kursus yg saya jalankan

    BalasPadam