Sabtu, 14 Ogos 2010

PENGENALAN SEKOLAH WAWASAN

SAFARUDDIN B MAT ARIF

207121

Peristiwa hitam 13 Mei 1969 telah mengetuk minda pemimpin kita untuk menitikberatkan soal perkauman di negara ini. Kesinambungan usaha itu berlanjutan sehingga sekarang melalui penubuhan sekolah wawasan. Melalui konsep penubuhan sekolah ini, sekolah yang dahulunya terasing kini disatukan dalam satu sistem pendidikan yang seragam dan selari dengan hasrat negara untuk menghasilkan masyarakat yang mempunyai semangat baru untuk meneruskan wadah wawasan negara. Cadangan Perdana Menteri Keempat iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membentuk sistem persekolahan yang berkonsepkan perpaduan ini amat bertepatan dengan hasrat Negara ini yang ingin melahirkan masyarakat yang bersatu padu dan bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Negara yang menitikberatkan keharmonian dalam proses penimbaan ilmu. Melalui penubuhan sekolah ini,golongan pelajar dari pelbagai bangsa dinegara ini akan dapat disatukan dibawah satu bumbung dan boleh berinteraksi dan bekerjasama khususnya dalam satu-satu aktiviti berkumpulan. Justeru penubuhan sekolah wawasan merupakan satu medium yang amat bertepatan dalam mewujudkan rakyat yang bersatu padu dalam menempuh cabaran dunia yang serba mencabar pada hari ini.

8 ulasan:

  1. ya.saya memang bersetuju bahawa sekolah wawasan merupakan salah satu usaha ke arah mengukuhkan perpaduan masyarakat berbilang kaum di negara Malaysia.Hal ini demikian kerana setiap kaum berlainan bukan sahaja akan belajar di bawah satu bumbung yang sama tetapi juga berkongsi benda-benda awam serta menyertai aktiviti secara bersama-sama.Sebagai contoh,Hari Guru,Hari Sukan,Hari Kemerdekaan.Dengan ini,semangat perpaduan yang amat kuat turut dapat ditanam pada diri rakyat Malaysia sejak kecil lagi

    BalasPadam
  2. Kanak-kanak merupakan manusia yang paling suci di dunia ini. Oleh itu, ajaran yang diajarkan kepadanya akan mereka patuhi sepenuhnya. Justeru,paling sesuai untuk mengajar konsep perpaduan di peringkat ini.

    BalasPadam
  3. Perpecahan kaum tidak akan wujud dengan wujudnya sekolah wawasan tersebut.

    BalasPadam
  4. Penyatuan idea juga wujud apabila ketiga-tiga kaum bekerjasama dalam sekolah wawasan ini.

    BalasPadam
  5. Kerjasama yang baik akan menghasilkan idea yang bernas seterusnya membawa perubahan positif kepada pembangunan negara.

    BalasPadam
  6. Sekolah wawasan satu contoh yang baik dalam usaha dan hasrat kerajaan untuk membentuk sebuah negara yang aman dan makmur.segala perbezaan yang wujud dalam banyak hal seperti budaya,bahasa,agama dan banyak lagi tidak akan menjadi penghalang kepada semua bangsa untuk hidup bersama dalam negara yang tercinta ini.

    BalasPadam
  7. Sekolah wawasan satu contoh yang baik dalam usaha dan hasrat kerajaan untuk membentuk sebuah negara yang aman dan makmur.segala perbezaan yang wujud dalam banyak hal seperti budaya,bahasa,agama dan banyak lagi tidak akan menjadi penghalang kepada semua bangsa untuk hidup bersama dalam negara yang tercinta ini.

    BalasPadam
  8. Sekolah wawasan satu contoh yang baik dalam usaha dan hasrat kerajaan untuk membentuk sebuah negara yang aman dan makmur.segala perbezaan yang wujud dalam banyak hal seperti budaya,bahasa,agama dan banyak lagi tidak akan menjadi penghalang kepada semua bangsa untuk hidup bersama dalam negara yang tercinta ini.

    BalasPadam